life styles
Saturday, February 19, 2011
SeMaKiN HaRi sEmAkiN BeRdEbAr
Wednesday, February 2, 2011
FiNaL eXaM bAkaL BerKuNjUng TiBa~~
Tuesday, January 11, 2011
HoMeSiCk
hari ini hari selasa...
hmmm..da masuk bulan 1 bererti ini adalah saat2 genting...
if dalam perlawanan bola sepak, da dlm mse kecederaan (kot2 La)
bulan feb da nk final exam..
ahh..cepatnye mase berlalu...xsangke..
mkin nk dkt dgn final makin byak keje nk kene wat..
bley stress d watnyer...bz manjang...
subjek last sem da la menakutkan..sume hebat2..kene struggle habis ni..nk capai matlamat..
hmmm..dlm time2 cmni, ak ttbe jd homesick..
knp ea..??
huhuhuhu..susah nk describe...
rindu la dgn family..huhuhu...
homesick sgt..smpai demam d watnyer...
=(
knp homesick ni...???
tolonggg...hhuhu
Thursday, January 6, 2011
InTeRvIeW
hari ini 7 januari 2011 bersamaan hari jumaat...
hari yg sememangnyer cukup bertuah...
alhamdulillah syukur Ya Allah...
hari ni hari di mane ak dgn seorg kawan lagi pegi interview..
hahaha..1st time kot nk p interview..
berdebar ??? hmm..ntah la..xde rase pape pun..hehehe...
tmpat yg ak nk p interview 2 kt shah alam..seksyen9..
kt dgn menara massalam ( klu x silap )...
ha, taw x..menara massalam ni la tempat d mane seorg rakyat m'sia terjatuh daripada tingkat bp ntah...
ala..yg msuk paper dulu 2,,,hihihi...igt lg x..
mcm mne la prasaan ak bile 1st time kene interview...
mesti glabah..soalan ape la yg d tnye t kn...hmm..
bwu praktikal da de interview..blm lg keje sbnr..
xpe la..skrg2 nye dpt gk la pengalamn d interview...
t blh la d aplikasikan time nk cari keje t..
hmm..doakn yg terbaek taw..agar d permudahkan sgala urusan..
Amieenn...Ya Rabbal Alamin...=)
Monday, January 3, 2011
HaRi Yg CuKup InDah
hari ini kulalui liku2 kehidupan sebagai seorang hamba Allah dan sebagai seorang pelajar. Ingin menjadi Hamba Allah yang solehah.
Kupasang niat seawal subuh untuk beroleh kebaikan. ku berharap agar hari ini lebih baik daripada semalam. ku didik hati ini agar sentiasa tawaduk dalam melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan manfaat. ku bersyukur atas segalanye..terima kasih Ya Allah atas rezeki yg d kurniakan..
Saturday, January 1, 2011
MeMorY 2010
Assalamualaikum...
da lame x update blog ni...bz la katekn,,hihihi..
skrg da masuk tahun 2011..hmm..skjp je...
walau papepun..2010 byk tgglkan kenangan yg indah..
pahit, manis, masam, masin sume ade,,,
hihihi..
ni time grand dinner kac
pada tahun2010 la ak mencatat rekod kenangan yg byk berbanding pada tahun2 sudah..antaranye:
- amik lesen kete berkali2..cz asik x lepas je..
- jatuh dalam parit..huhuhu..( cmne tah blh jatuh )
- jatuh moto bekali2
- nek kete langgr kete owg, smpai calar plk 2.. da la smart ketenyer...
- hampir nk kene risik, tp ak wt prangai..hahaha..
- ermm..byk lg la..mls nk tulis..hehehe...mmg terbek punyer..
alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt atas rezeki dan umur yg d berikn,,,
smoga thun 2011 lbh bek drp sblmnye..amien..
Monday, July 26, 2010
Ibadah di Bulan Syaaban Menyambut Kedatangan Ramadhan
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.
Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya‘ban
Oleh kerana itu umat Islam patut mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat.
Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan Beristiqhfar
Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:
1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.
Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mangagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.
Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.
Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:
“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a, bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada
Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir, membaca al-Quran..